GAMBAR: Haziq AF Kini Sah Bergelar Suami

DENGAN sekali lafaz, penyanyi irama tradisional yang digilap menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia musim keempat, Haziq Rosebi sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Maisarah Mohd. Sidki lewat Jumaat.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh abang sulung pengantin perempuan, Mohammad Immanuddin Mohd. Sidki disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Masjid Muaz bin Jabal, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Haziq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, tujuh dulung hantaran berbalas sembilan dari pihak pengantin perempuan. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab dan fasa baharu yang akan ditempuhi kami. Kehidupan saya pastinya akan bertukar 360 darjah dan harapnya kebahagiaan kami sampai ke jannah,” ujarnya.

Haziq dan Maisarah mengikatkan tali pertunangan pada November tahun lalu.

Pasangan ini merancang akan berbulan madu di Bali, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: BH Online

Loading...