Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

24 April Tarikh Pemilihan...

KUCHING - Tarikh 29 April menjadi penentu siapa bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

Anggota Polis Wanita Dan...

MELAKA - Seorang anggota polis wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang...

Gambar: Kemeriahan Majlis Baby...

DIAM tak diam, dah makin hampir due date pelakon Lisa Surihani untuk melahirkan...

Hadi Awang Dibenar Keluar...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke...

Gambar Entiti Pelik Ketika Sidang Media Tun M Jadi Viral

SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.

Penampakan seperti tangan (lihat bulatan dalam gambar) yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.

Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.

Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.

Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat.

Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori