Gambar Didie Alias Manis Bertudung

JIKA dilihat, walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Didie Alias tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu apabila boleh dikatakan kesemua ananknya kini berjaya dalam bidang akademik.

Selain itu, kesemua anak dara Didie juga bertudung memenuhi tuntutan syarak sebagai seorang Muslimah sejati.

Dan bila baru-baru ini, Didie ditugaskan mengacarakan program untuk sebuah majlis anjuran syarikat tudung popular, Fareeda, Didie yang sinonim dengan imej pelik dan unik ini tampil ayu dan manis bertudung.

Malah ramai juga peminatnya yang mendoakan agar ibu kepada enam cahaya mata ini akan terbuka hatinya kelak untuk memakai hijab seperti anak-anak perempuannya yang lain. - MYNEWSHUB.MY

didie2

didie3

Oleh: AUDREY LEE