Galak Pornografi, TikTok Bakal Diharamkan Di India

MAHKAMAH Tinggi Madras di India memohon kerajaan persekutuan negara itu agar mengharamkan aplikasi perkongsian video popular, TikTok.

Menjadi kegilaan ramai di negara itu, TikTok didakwa menggalakkan pornografi dalam kalangan pengguna.

TikTok kini mempunyai 54 juta pengguna aktif di negara India.

Menurut mahkamah itu, pihaknya banyak menerima petisyen berhubung aplikasi berkenaan.

Ia juga didakwa berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada pemangsa seksual.

Cadangan pengharaman itu diusul oleh peguam kanan yang berpangkalan di Madurai, Muthu Kumar.

Selain TikTok, pihak berkuasa di Gujerat turut mengharamkan permainan popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menurut arahan yang dikeluarkan, mana-mana individu yang didapati bermain PUBG akan dikenakan penalti oleh pihak berkuasa. – India Times

Loading...