Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PTPTN Minta Tampil Jika...

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta peminjam dan waris...

Remy Ishak Buat Laporan...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak membuat laporan polis selepas mendakwa diugut oleh seorang...

Hampir Ragut 110 Nyawa,...

PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelakon terkenal, Harrison...

Walau Gaji RM2,400, Pemuda...

BERCAKAP mengenai memiliki rumah sendiri dalam usia muda, pastinya merupakan impian dan harapan...

Gaji Rendah Punca Rakyat Malaysia Memilih Kerja

IPOH — Kadar gaji yang rendah dipercayai merupakan antara sebab ramai rakyat Malaysia bersikap memilih kerja, kata Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran.

Oleh itu, jelas beliau, isu gaji dalam kalangan rakyat negara ini perlu diselesaikan.

“Pekerja tempatan tidak mahu menerima sesuatu pekerjaaan jika gajinya terlalu rendah. Anda tidak boleh minta rakyat Malaysia membandingkan gaji untuk mereka dengan yang diberi kepada warga asing yang bekerja di sini,” katanya selepas berkunjung ke Kuil Buddha Mekprasit di sini bersempena sambutan Hari Wesak hari ini.

Kulasegaran berkata demikian bagi mengulas langkah kementeriannya untuk menangani masalah kekurangan pekerja tempatan yang berminat bekerja dalam beberapa sektor tertentu di negara ini hingga memaksa Malaysia bergantung pada pekerja asing.

Khamis lepas, Kulasegaran dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji semula perjanjian pengambilan pekerja asing dengan semua negara terlibat bagi mengurangkan pergantungan Malaysia kepada pekerja asing.

Katanya rakyat tempatan perlu diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas perjanjian pengambilan pekerja antara Malaysia dan Bangladesh pada 2016 yang menyasarkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari negara itu.

Menurut Kulasegaran, kementerian itu juga akan mengkaji semula peranan orang tengah yang membawa masuk pekerja asing kerana ia memerlukan negara menanggung kos yang tinggi. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

Kategori