Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DBKL Peruntuk RM15 Juta...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan...

Industri Jagung Bijirin Sumber...

KUALA LUMPUR – Penanaman jagung bijirin sebagai industri baharu bagi memenuhi keperluan makanan...

Polis Indonesia Siasat Foto...

JAKARTA - Ketika Malaysia kecoh dengan foto intim dua tokoh pembangkang terkenal, Indonesia...

“Memang Serik, Tidak Mahu...

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 iaitu Mohammad Azri Abdullah dibebaskan pada...

Gaji Dipotong Keluar Awal 3 Minit Makan Tengah Hari

HUKUMAN… Gara-gara sering meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari, seorang penjawat awam dapat notis gaji dipotong. Bukan itu sahaja, dia dikenakan denda.

Tindakan pekerja tersebut dianggap sebagai begitu serius sehingga para pengurus syarikat berkaitan kerajaan Jepun berkenaan terpaksa mengadakan satu sidang media khas untuk memohon maaf atas kelakuan kakitangannya itu.

Itulah yang terjadi di negara tersebut baru-baru ini. Menurut stesen NDTV, pegawai di badan pemerintah tempatan itu didapati keluar pejabat lebih awal untuk makan tengah hari selama 26 kali dalam tempoh tujuh bulan lepas.

“Waktu makan tengah hari sebenarnya adalah dari jam 12.00 tengah hari sehingga pukul 1.00 tengah hari. Dia meninggalkan pejabat sebelum waktu yang ditetapkan,” kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP.

Akibatnya, gaji pegawai yang berpengalaman dan berusia 64 tahun itu dipotong setengah hari di samping dikenakan denda. Perkara seperti ini mungkin kedengaran agak remeh tetapi bukan bagi masyarakat Jepun sendiri.

Undang-undang dalam sektor perkhidmatan awam menetapkan bahawa pegawai perlu memberi tumpuan kepada tugas mereka. Sesiapa bertindak seolah-olah tidak fokus pada pekerjaan akan dianggap melanggar undang-undang.

Baca: Pengendali Tren Tokyo Mohon Maaf Tercepat 20 Saat

Sudah pasti, berita pelik sebegini mencetuskan satu perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial tempatan. Ramai netizen Jepun dilaporkan bersimpati dengan bertindak menyebelahi pegawai berkenaan pula.


“Ini tidak masuk akal. Bagaimana pula jika mereka perlu keluar pejabat sekejap untuk menghisap rokok?” kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang enggan dikenali menerusi kiriman kicauannya.

“Adakah ini hanya satu bentuk gurauan? Adakah ini bermakna bahawa kami (penjawat awam) sama sekali tidak boleh ke tandas?” tanya seorang lagi pengguna akaun berkenaan yang tidak mendedahkan nama sebenarnya.

Ini bukan kes pertama kerana awal Februari lalu seorang pegawai tempatan juga digantung kerja selama sebulan hanya kerana meninggalkan tempat duduknya beberapa kali hanya untuk membeli makanan ketika waktu kerja.

Staf itu ‘ponteng tugas’ selama 55 jam dalam tempoh enam bulan. Akhir tahun lalu, sebuah syarikat tren domestik juga terpaksa memohon maaf kerana salah sebuah kereta api berlepas awal 20 saat.  – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori