Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

KOTA KINABALU – Gajah yang pernah menjadi tumpuan antarabangsa kerana gadingnya yang ‘unik’ ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu, dekat sini semalam.

Gajah terbabit yang mempunyai gading terbalik menghala ke bawah, sama seperti haiwan prasejarah, harimau gigi pedang itu ketika ditemui hanya tinggal rangka, manakala gadingnya hilang dipercayai diambil pemburu haram.

Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

Seekor lagi bangkai gajah turut ditemui di kawasan berhampiran dalam keadaan menyedihkan dengan gadingnya hilang.

Menurut Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), Dr. Benoit Goosseens, bangkai gajah itu yang dipasang dengan kalung satelit ditemui oleh pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (JHL).

“Mengikut data yang direkodkan dalam alat pengesan satelit, gajah jantan itu dipercayai dibunuh pada 20 November lalu sebelum gadingnya diambil oleh pemburu haram.

“Lebih menyedihkan satu lagi bangkai gajah turut ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi bangkai gajah pertama dengan kesan kecederaan di muka dan gadingnya juga hilang.

“Terdapat kesan tembakan pada haiwan berkenaan dan ia dilakukan oleh pemburu haram,” katanya.

Dr. Benoit turut meluahkan kesedihannya berikutan spesis terancam itu kini semakin sukar untuk ditemui dan kian pupus.

Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

Gajah Menyerupai Haiwan Prasejarah Mati Dibunuh

“Cukup menyedihkan apabila haiwan mamalia unik dan terlindung ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa sedih dan marahnya kami terhadap kekejaman ke atas haiwan liar ini. Kita harap pihak berkaitan menangkap dalang yang membunuh haiwan berkenaan,” katanya.

11 Ogos lalu, sekumpulan anggota WRU menemui gajah dengan gading menghala ke bawah itu ketika menciptakan translokasi sekumpulan gajah dari FELDA Umas Tawau ke kawasan baharu. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply