Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AGC Fail Rayuan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan...

Beberapa Jalan Di Gombak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan dan sembilan...

Bajet 2017 Tingkat Taraf...

MELAKA - Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

AS Pindah Kedutaan Ke...

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS)...

Gajah Mati Lemas Selepas Gagal Panjat Pagar

TAMAN NEGARA NAGARHOLE, India – Seekor gajah ditemui mati tersangkut pada satu pagar besar dalam perjalanan pulang ke Taman Negara Nagarhole selepas menceroboh masuk ke sebuah ladang berhampiran.

Media tempatan melaporkan haiwan terancam itu sudah mati ketika ditemui orang ramai. Gajah itu dipercayai berjaya memanjat pagar itu untuk masuk ke ladang tersebut tetapi gagal memanjat keluar selepas kenyang makan.

Pengarah taman negara tersebut mendakwa gajah berusia 42 tahun itu mati lemas selepas paru-parunya terhimpit pada bahagian atas pagar sehingga tidak boleh bernafas.

Pagar sepanjang 32 kilometer itu dibina kerajaan bagi menghalang haiwan liar menceroboh masuk ke ladang petani berhampiran tetapi pejuang alam sekitar sebelum ini telah memberi amaran reka bentuk pagar tersebut boleh menyebabkan kematian gajah.

Seorang pegawai hutan bersara, H.C. Kantharaju memberitahu pemberita bahawa pagar itu telah mengurangkan kerosakan tanaman petani tetapi ketinggiannya mungkin boleh ditambah bagi mengelakkan gajah cuba memanjatnya kelak. – Agensi/KOSMO ONLINE

Kategori