Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Kurang Setuju Tambang...

KUALA LUMPUR - Rata-rata masyarakat kurang bersetuju dengan pertimbangan Kementerian Pengangkutan untuk menaikkan...

Permaisuri Agong Terima Selempang...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum...

Wan Azizah Enggan Komen...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

San Fransisco Gempar Najis...

BUSUK... Penduduk dan pihak berkuasa bandar raya San Francisco dikejutkan dengan tindakan pihak...

Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan

SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan kumpulan siasah kecil ini daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan yang sebelum itu digelar Pakatan Rakyat.

Namun kini gabungan PAS dan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir secara rasmi diberi nama baharu yang lebih bertenaga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ atau nama ringkasnya Gagasan.

Perkara tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak khasnya penganalisis politik diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang diturut dihadiri Abdul Kadir sendiri.

Kata beliau, Gagasan merupakan wadah ‘jalan tengah’ terutama bagi golongan pengundi atas pagar yang tidak dapat menerima konsep gabungan komponen 14 buah parti dalam BN atau tiga parti pembangkang ‘cacamarba’ yang membentuk Pakatan Harapan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang malah menambah, gabungan ketiga tersebut optimis sedia bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkepentingan di negara ini yang secara kebetulan sealiran dalam agenda perjuangan dan dasar siasah mereka.

Hidup Wanita Jepun Ini Berubah Berkat Belon

Gagasan ujar beliau mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan sekali gus bakal menjadi platform baharu kepada pengundi tempatan untuk mewarnai dunia siasah tanah air secara lebih berkesan.


Dalam pada itu, apabila ditanya pemberita tentang kemungkinan Gagasan sedia bekerjasama dengan parti baharu serpihan UMNO yang diberi nama sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Abdul Hadi berkata buat masa ini masih terlalu awal membincangkan hal tersebut.

“Parti itu belum didaftar secara rasmi pun lagi. Kita tunggu dan lihat dahulu,” kata beliau yang secara tidak langsung bertentangan pendapat dengan Abdul Kadir kerana pada 5 Ogos lalu tegas menyatakan Ikatan menolak kerjasama dengan parti ciptaan Mahathir Mohamad itu.

PAS dan Ikatan mula menjalinkan kerjasama politik pada 16 Mac lalu selepas parti berslogan ‘Bersatu Maju Adil Bahagia’ yang diasaskan sejak 2012 itu gagal bergabung dengan Pakatan Rakyat atas sebab yang tidak jelas diketahui. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori