Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nenek Usia 70 Tahun...

SEOUL - Lazimnya dunia ‘vlog’ atau diari harian dalam bentuk rakaman video, amat...

Perkeso Beri Sinar Buat...

TELUK INTAN - Nasib seorang pekerja am yang lumpuh sebelah badan sejak tahun...

Penyelia Syarikat Dituduh Pecah...

SEREMBAN – Seorang penyelia syarikat perumahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Niena Baharun Kini Hamil...

ALHAMDULILLAH dan tahniah diucapkan kepada tonggak utama drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz iaitu...

Gagal Kemuka Penyata GST, Dr Vida Didenda RM80,000

IPOH – Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah gagal atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Dia menghadapi 16 tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta.

Tertuduh yang memiliki produk kesihatan Pamoga dan produk kecantikan Qu Puteh, dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan KastamDiraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Setiap kesalahan itu membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 30 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori