Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu 1MDB Bukan Penghalang...

KUALA LUMPUR - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan...

Kem PLKN Jadi Pusat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 61 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem...

SPRM Ingin Hubungi Muhammad...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menghubungi seorang lelaki bagi membantu...

“Terkejut Tengok Phone Anak,...

SEORANG pengguna Facebook, Nurulainey Halim menerusi posting di laman Facebooknya meluahkan rasa marah...

Gadis Tak Boleh Makan, Minum Seumur Hidup

LONDON – Seorang remaja mungkin tidak boleh lagi menikmati makanan dan minuman untuk seumur hidupnya selepas disahkan menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan perutnya lumpuh.

Lily Tock, 16, tidak makan selama setahun sebelum doktor mengesahkan dia menghidap gastroparesis, satu keadaan yang menyebabkan perutnya tidak mampu menghadam dan menyerap zat makanan.

Keadaan itu menyebabkan Lily yang berasal dari Brough, East Yorkshire dekat sini terpaksa bergantung kepada tiub untuk menyalurkan lemak, minyak dan vitamin kepada tubuhnya.

Lily berkata, dia sering mengalami pening, muntah dan sakit perut yang teruk ketika berusia 14 tahun.

Doktor mengambil masa selama dua tahun sebelum dapat mengenal pasti keadaan yang jarang dijumpai itu.

“Sekiranya menjamah makanan saya akan berasa loya, muntah, sakit perut dan terbaring di katil selama beberapa hari.


“Makanan yang saya makan juga boleh tersumbat di usus dan keadaan itu boleh membawa maut,” katanya.

Menurutnya, dia kini menjalani beberapa rawatan dengan harapan dia boleh menikmati semula makanan dan minuman kegemarannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori