Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Keperluan Tubuh...

KUALA LUMPUR - Isu penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjaya Pilihan...

DAP Sarawak Tunggu Sebelum...

MIRI - DAP Sarawak membuat keputusan untuk tidak mengumumkan calonnya bagi pilihan raya...

Ambrin Ada Kuasa Mutlak...

Bekas ketua audit negara Madinah Mohamad bersetuju bahawa pendahulunya Ambrin Buang adalah individu...

Peminat Teruja Gandingan Sulung...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan Zul...

Gadis Mati Lemas Gara-Gara Haid

KATHMANDU – Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, ‘Chhaupadi’ di barat Nepal, lapor polis, hari ini.

Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005.

Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu.

“Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas.

“Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan,” kata Badri kepada REUTERS menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini.


Menurut kepercayaan ‘Chhaupadi,’ wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan. – REUTERS/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori