Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Pelajar Ditahan Di...

SIBU - Polis menahan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sebuah kolej...

Feriz Marah Jentayu Diperleceh...

TIDAK sampai pun 24 jam analisis mengenai rancangan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) oleh...

IPIC Akan Bayar Faedah...

KUALA LUMPUR - International Petroleum Investment Co (IPIC) akan membayar faedah bernilai US$102.7...

Warga Emas, Golongan Berisiko...

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi...

‘Gadis Kerbau Pink’ Tak Rela Berpisah Dengan Awang

KUALA NERUS – Bagi Nadia berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa.

Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini, dengan Awang, tidak ubah seperti kata pepatah ‘bagai isi dengan kuku’.

Masakan tidak, Nadia sudah bergelumang dengan Awang sejak bapanya, Yusof Mohammad, 47, membeli Awang, seekor kerbau balar berwarna merah jambu yang ketika itu baru berumur setahun, dari seorang penternak di Kuala Berang hingga Nadia mendapat jolokan ‘Gadis Kerbau Pink’.

Kerbau itu yang kini sudah berusia enam tahun bagai sudah memahami makna setiap gerak geri Nadia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong di sini, apabila mereka bersama.

“Awang ini memang rapat sungguh dengan saya sebab dah jadi rakan sepermainan kira-kira enam tahun lalu dah jadi rutin setiap kali lepas balik sekolah pukul 3 petang, Awanglah yang saya akan tujui dulu di kandang.

“Selepas menguruskan diri sendiri, Nadia kembali memberi perhatian kepada Awang.


“Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang untuk meragut rumput dan berkubang sebelum balik ke rumah menjelang senja.

“Kalau tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kehilangan sesuatu, tak senang duduk,” kata Nadia. – BERNAMA

Kategori