Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di sekitar Perak terus meningkat kepada 410 orang...

TRW Jalin Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Penyokong bola sepak Kelantan memiliki harapan baharu untuk menyaksikan pasukan...

Jaclyn Victor, Stephen Rahman...

PENYANYI popular tanah air, Jaclyn Victor bakal menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya...

Apa Khabar Cipta Rekod...

KUALA LUMPUR: Lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow dinobatkan sebagai pemenang...

Gadis Jadi Macam Zombie Selepas Ditikam Peragut

SEORANG gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik bertukar wajah seperti zombie selepas ditikam seorang peragut di tempat letak kereta berhampiran tempat kerja gadis tersebut di Icon City, Bukit Mertajam malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 9.30 malam, mangsa Chin Huey Kei, 19, mengalami kecederaan yang teruk di bahagian pipi apabila pisau tercacak pada pipi kanannya selain kecederaan di bahagian perut dan leher.

Pakaian kerja yang berwarna putih telah kelihatan bertompok merah dibasahi dengan darah mangsa.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika kejadian mangsa sedang menuju ke keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kerja.

“Polis masih mengesan suspek berdasarkan saksi awam serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.


“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Taman Chai Leng, di sini telah dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori