Gadis ‘Dikenduri’ 8 Lelaki Selepas Pesta Arak

PADAH… Tindakan dua gadis menyertai pesta arak sempena sambutan ulang tahun kelahiran rakan mereka akhirnya mengundang padah apabila salah seorang dirogol bergilir-gilir lapan lelaki.

Polis daerah Jombang berkata, kejadian tragik itu berlaku di sebuah ladang tebu di Desa Badang, Sabtu lalu, lapor media Indonesia.

Ketua Polis Jombang, Asisten Komisioner Fadli Widiyanto berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun menceritakan kejadian rogol itu kepada ibunya.

“Mangsa adalah rakan kepada salah seorang suspek.”Dia dirogol ketika semua suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami trauma,” katanya semalam.

Menurut Fadli, polis berjaya menahan lima lelaki termasuk beberapa inidividu di bawah umur dan memburu suspek yang masih bebas.

“Jika didapati bersalah, kesemua suspek boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara,” katanya. – Sinar Harian 

** Sekadar Video Hiasan

Loading...