Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Hadapi Pertuduhan...

PUTRAJAYA - Kenderaan yang dipercayai dinaiki bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat keluar...

Doa Buat Dr Fatihah...

KUALA LUMPUR - "Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri...

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas...

PUTRAJAYA - Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China...

JBPM Akan Tambah Balai...

AYER TAWAR — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah jumlah balai...

Gadis Bunuh Diri Tak Mahu Bogel Depan Pegawai Penjara

SEORANG pelajar universiti yang dipenjara selama dua tahun atas kesalahan memandu sambil mabuk akhirnya menamatkan riwayat sendiri.

Katie Allan, 21, dilaporkan membunuh diri kerana tidak tidak tahan dibuli di Penjara Polmont, Falkirk, Scotland.

Menurut sumber, gadis itu dipaksa berbogel di hadapan pegawai penjara sebagai sebahagian daripada latihan.

“Dia sememangnya dibuli. Persekitaran penjara itu menjadi punca dia bunuh diri. Dia tidak sepatutnya berada di sana,” ujar salah seorang temannya.

Biarpun dipindahkan ke unit berlainan, kegiatan buli berkenaan tetap berterusan sehingga memberi tekanan kepada Allan.

Allan sebelum ini berhadapan dakwaan di mahkamah kerana mabuk ketika memandu sehingga berlaku kemalangan dan mencederakan seorang remaja berusia 15 tahun.

Disebabkan itu, Katie terpaksa melupakan pengajiannya dalam bidang geografi di Universiti Glasgow dan sempat mengikuti 16 bulan hukuman sebelum membunuh diri.

Selain diarah berbogel di hadapan pegawai penjara, Allan turut dibuli rakan banduan apabila diminta memberi tembakau kepada banduan lain.

Ibu-bapa Allan kini sedang berkempen bagi mencari hak keadilan atas kematian anak gadis mereka.


“Sewaktu lawatan terakhir ke penjara sebelum dia mati, saya memang tahu ada sesuatu yang tak kena.

“Dia nampak kepenatan seperti tidak tidur,” ujar ibunya.

Malah, ibu kepada remaja yang dilanggar Allan turut menyuarakan simpati terhadap gadis itu.

“Anak saya pulih sepenuhnya. Katie diberi hukuman yang kami tidak mahukan. Kami sedih dengan berita kematiannya.

“Katie juga sempat hantar surat dari penjara untuk mohon maaf pada keluarga saya. Dia cakap dia tak sedar yang dia melanggar anak saya,” ujar wanita itu. – Mirror.UK/mStar Online

Kategori