Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

4,979 Kes Baharu Covid-19

PETALING JAYA - Sebanyak 4,979 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding...

Lima Sami Palsu Warga...

Bukit Mertajam : Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu...

CCRIS Berjaya Buat Lebih...

PETALING JAYA - Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan nama...

Kes Tembak Pusat Hiburan,...

DUA individu dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu hadapan sebuah premis...

‘Gadis Air’ Selamba ‘Photobomb’ Selebriti Ternama

SEORANG wanita mencuri tumpuan melebihi barisan selebriti antarabangsa pada acara anugerah Golden Globes yang berlangsung Selasa.

Dia bukan pelakon, penyanyi, pengarah mahupun penerbit filem. Wanita jelita itu tidaklah popular sebelum ini, sehinggalah dia menjadi perhatian pada acara berprestij itu.

‘Gadis Air Fiji’ menjadi sensasi internet apabila dia dirakamkan melakukan ‘photobomb’ dalam gambar beberapa selebriti ternama.

Model berambut perang dalam persalinan gaun biru tua itu menjadi tular di Twitter kerana dia dengan sengaja berdiri berhampiran gambar selebriti pada acara karpet merah.

Bukan itu sahaja, dia kelihatan fotogenik dalam setiap gambar, tersenyum dan memandang tepat ke arah jurukamera.

Kelleth turut menonjolkan diri dalam gambar Nicole Kidman. – Foto Getty Images

Wanita itu rupa-rupanya seorang model yang berpangkalan di Los Angeles, Kelleth Cuthbert dibayar oleh jenama air Fiji untuk memastikan tetamu kekal terhidrat pada acara tersebut.


Pengguna media sosial sangat menyukainya!

Seorang pelayar Twitter berkata: “Gadis Air Fiji itu menhidangkan wajahnya (dia sepatutnya menghidangkan air). Mencuri peluang pada saat terbaik. Dapatkannya Ratu!”

Manakala seorang lagi menulis, gadis tersebut sedang menikmati saat terindah dalam hidupnya. – Mirror UK

Kategori