“Fuziah Kurang Faham Teguran Saya” – Redzuan

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, isu kesukaran peniaga mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih berpunca daripada soal penambahbaikan terhadap kerenah birokrasi.

“Teguran saya dah lama dah. Empat bulan lepas, saya sendiri menghubungi salah seorang ahli majlis Fatwa yang terlibat dalam Jakim.

“Beliau amat positif dengan teguran saya dan segera membuat tindakan mempercepatkan proses pensijilan halal untuk usahawan kecil. Isu piawaian dan latihan tak timbul.

“Dia (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh) kurang faham.

“Seawalnya kerajaan sekarang lebih peka dalam usaha untuk menambah baik proses birokrasi.

“Inovasi peluang pasaran tidak menunggu kita. Latihan perlu, sedia maklum.. Rintihannya (peniaga kecil) kenapa mengambil masa yg begitu lama,” kata beliau.

Mohd. Redzuan mengulas teguran Fuziah terhadapnya semalam yang mempersoalkan mengapa peniaga di Malaysia sukar mendapat pensijilan halal Jakim. 

Loading...