Foto Pari-Pari Penipuan Terhebat Abad Ke-20 Dilelong

FOTO Pari-Pari Cottingley yang diberi jolokan penipuan terhebat pada abad ke-20 akan dilelong dengan harga bermula £70,000 (RM376,000).

Foto yang dirakam pada Julai dan September 1917 itu dirakam oleh Elsie Wright yang pada ketika itu berusia 16 tahun.

Foto itu memaparkan sepupunya, Frances Griffiths bersama sekumpulan pari-pari bersaiz kecil.

Ia dirakam di sebuah perkampungan di Cottingley, berdekatan Bingley di barat Yorkshire, England.

Pada mulanya, ramai yang terpedaya dengan kebenaran foto tersebut sehingga ia menimbulkan kontroversi.

Sesi rakaman gambar itu turut dibantu bapa Elsie yang juga seorang jurufoto amatur.

Pada 1983, Elsie dan Frances mendedahkan bahawa gambar itu merupakan penipuan semata-mata dan dihasilkan dengan teknik fotografi. – The Indipendent

Loading...