Foto Crouch Melawat ‘Keluarganya’ Jadi Viral

MUSIM panas adalah masa yang sesuai pergi bercuti untuk melihat keindahan dunia dan lupakan hal kerja buat seketika.

Penyerang Stoke City dan juga pemain kebangsaan England, Peter Crouch turut tidak ketinggalan bercuti dan melawat ‘keluarganya’ yang sudah lama tidak diziarahi gara-gara kesibukan kerjayanya.

Ketika menikmati percutian musim panas di Sardinia, Itali, Crouch, 36, berkongsikan gambar lucu dia sedang melawat ‘keluarganya’, sang zirafah sambil memberi makan kepada dua ekor binatang itu baru-baru ini.

Di laman Twitter, Crouch menulis kapsyen, “Summer for me is about time with family (Musim panas adalah masa untuk saya luangkan bersama keluarga).”

Twit pemain yang mempunyai ketinggian luar biasa 6 kaki 7 inci itu kemudiannya menjadi tular sehinggakan ia diulang kicau lebih 143,000 kali oleh netizen yang terhibur dengan kapsyen lucu terbabit. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...