Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UNIMAP Haramkan Polisterina Di...

AMSTERDAM - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharamkan penggunaan polisterina dan penyedut minuman plastik...

Siap Sedia Hadapi Perubahan...

PUTRAJAYA - Semua pihak termasuk ahli akademik, pensyarah dan pelajar perlu mempersiapkan diri...

Mayat Bayi Ditemui Di...

AMPANG JAYA - Seorang bayi perempuan berusia sehari telah dibuang dalam tong sampah...

Pembantu Kedai Dipenjara ,...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda...

Foto Boya Tular Bukan Alat Kesan Tsunami Di Sulawesi

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menafikan bahawa foto boya yang tular di laman sosial mempunyai kaitan dengan peralatan pengesan tsunami di Sulawesi, Indonesia yang telah dilupuskan.

UMT dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa foto boya yang tular itu adalah milik institusi berkenaan yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengumpulan data.

“UMT menegaskan bahawa foto boya yang tular dalam media sosial sejak 4 Oktober 2018 tiada kaitan dengan peralatan pengesanan yang diletakkan di Sulawesi Indonesia.

“Ia adalah milik UMT yang digunakan untuk pengumpulan data seperti suhu laut, perubahan iklim dan kesannya terhadap sumber perikanan yang diletakkan di perairan Dungun, Terengganu pada 2015,” menurut kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan bahawa tiga boya yang digunakan untuk mengumpul data bagi sistem amaran awal tsunami telah dilupuskan kerana tidak lagi berfungsi.

Penempatan alat buatan Norway bernilai RM7.2 juta tersebut dilakukan pada 2006 di tiga lokasi iaitu Laut Andaman, Laut Sulu dan Laut China Selatan.

Projek boya tsunami atau tsunameter itu adalah hasil kerjasama Malaysia-Indonesia susulan gempa bumi dan tsunami Aceh 2004 yang mengorbankan lebih 230,000 orang dari 14 negara termasuk Malaysia.


Sehubungan itu, UMT meminta supaya pihak yang menyebarkan perkara tersebut memperbetulkan atau menarik balik foto tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Sekiranya tiada tindakan susulan diambil, UMT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

Sebelum ini, foto boya UMT yang didakwa digunakan di Sulawesi, Indonesia tular dalam beberapa portal media online. Peralatan itu didakwa gagal berfungsi dan bakal dilupuskan kerana beberapa faktor seperti kos penyelenggaraan yang tinggi. – BERNAMA

Kategori