Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

FAM Janji Bantu Masalah...

PULAU PINANG - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan cuba memberi bantuan...

Sultan Nazrin Sampaikan 32...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis...

Kucing Baka Mahal Mati,...

KESIAN dan tak bertanggungjawab... Hancurnya hati seorang pemilik dan pencinta kucing ini apbila...

Tunjuk Zakar, Lancap, Hidu...

TAK senonoh! Itu gambaran yang tepat apabila melihat perilaku seorang lelaki Melayu yang...

Formula 1 Tiada Lagi Gadis Litar ‘Seksi’

MUKTAMAD… Penganjur Formula Satu (F1) mengambil keputusan drastik apabila menghentikan penggunaan gadis litar dalam sebarang urusan perlumbaan termasuk ketika acara perarakan.

Pengumuman mengenai perubahan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang turut menyebutkan pemberhentian penggunaan gadis litar berkenaan turut berkuat kuasa ke atas perlumbaan sokongan mulai kalendar musim 2018.

Ini bermakna, perlumbaan pembuka tirai siri F1 2018 iaitu Grand Prix (GP) Australia di litar Melbourne pada 23 Mac depan bakal menjadi titik permulaan terhadap perubahan terbaharu berkenaan, menurut media antarabangsa.

“Ketika penggunaan gadir litar ini sudah menjadi amalan biasa dalam F1 berdekad-dekad lamanya, kami merasakan ia sudah tidak lagi sesuai dengan nilai penjenamaan dan norma-norma kehidupan di zaman moden sekarang.

“Kami tidak percaya amalan ini betul atau masih relevan dengan perlumbaan F1 mahu pun peminat lama atau baharu di seluruh dunia,” kata Pengarah Urusan Operasi Periklanan F1, Sean Bratches dipetik agensi berita AFP.

Sepantas itu juga, isu ini terus menjadi topik perbualan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia malah disambut baik Badan Amanah Sukan Wanita Britain yang segera memberi respon menerusi laman Twitter.

“Terima kasih @F1 di atas keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat gadis litar. Satu lagi sukan yang membuat pilihan bijak tentang apa yang mereka mahu perjuangkan sebenarnya,” kata mereka dalam kenyataan.


Buat masa ini hanya beberapa jenis sukan antaranya berbasikal, tinju profesional dan sukan tempur seperti UFC masih lagi menggunakan gadis seksi ketika pertandingan berlangsung atau pada majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, tidak kurang juga ada media Britain yang mempertikaikan keputusan F1 ini seperti akhbar The Sun menyifatkan tindakan itu boleh membunuh sukan tersebut dan menjadikannya sukan yang nampak bodoh.

F1 bermula sejak 1950 sebagai perlumbaan kereta satu kerusi kelas tertinggi diiktiraf Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), tahun lalu diambil alih firma berpangkalan di Amerika Syarikat, Liberty Media Corporation.

Sebelum ini, sukan darts turut mengambil langkah sama apabila mula melarang khidmat wanita pengiring dalam mana-mana kejohanan daripada berjalan bersama-sama dengan pemain sebelum perlawanan tersebut dimulakan.

Mereka menjelaskan penggunaan wanita seksi sebelum pertandingan bermula ‘adalah janggal dengan norma dunia moden’ selain cuba mengeksploitasi golongan tersebut seumpama objek seksual. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori