Formula 1 Di Florida Pada Tahun 2021

NEW YORK – Formula Satu (F1) memeterai perjanjian asas bersama pemilik Stadium NFL Dolphins Miami untuk menganjurkan Grand Prix F1 di Bandaraya Florida mulai 2021.

Penganjuran perlumbaan berprestij dunia itu akan diadakan di Miami.

Kertas cadangan lakaran litar baharu perlumbaan F1 melibatkan jalan raya sekeliling Stadium Hard Rock Dolphins di Miami.

Sebelum ini, penganjur berdepan beberapa siri kekangan sebelum mengadakan perlumbaan itu termasuk kelulusan dari Miami Dade County.

Percubaan F1 telah dihalang oleh masalah gangguan kepada perniagaan di sekitar stadium itu sekiranya pembinaan litar F1 dilaksanakan.

Cadangan baharu melibatkan tanah yang dimiliki pemilik francais American Football iaitu Miami Dolphins.

Dalam kenyataan F1, pengarah komersialnya Sean Bratches dan Tom Garfinkel yang merupakan Ketua Eksekutif Stadium Hard Rock menjelaskan manfaat ekonomi yang bakal diterima Miami menerusi perlumbaan F1 kelak. – Agensi