Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

EHEMMM… Khabarnya isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mengandung lagi, betul ke? Kalau betul kami di Mynewshub mahu ucapkan tahniah lebih awal!

Perkhabaran ini mula menjadi buah mulut apabila Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin berkongsi perkara tersebut melalui menerusi sebuah entri yang dimuat di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Menerusi entri itu, Fizz memuat naik sekeping foto memaparkan alat ujian kehamilan atau juga kerap dikenali sebagai ‘urine pregnancy test’ beserta kepsyen yang cukup bermakna.

“Amin… Hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke 4. Hehehehe… Masin mulut @sheilarazlan. Hehehe,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Amin… hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke4.. hehehehe.. masin mulut @sheilarazlan hehehe

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

Perkongsian tersebut dilihat menerima lebih 12,000 tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen tempatan yang teruja dengan berita gembira tersebut.

Hasil tinjauan kami menerusi posting berkenaan juga mendapati ruangan komen entri itu dibanjiri dengan ucapan tahniah malah netizen turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat terus menjadi perhatian ramai netizen khususnya menerusi laman sosial tersebut.

Fizz dan Almy telah berkahwin pada April 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna dan Aurora serta seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...