Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

GST Lebih Baik Daripada...

PONTIAN - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Sambutan Tahun Baharu Kali...

KUALA LUMPUR - Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat...

Banjir Di Kedah Pulih,...

SUNGAI PETANI - Banjir di Kedah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir di...

Siti Sarah Sifatkan Shuib...

SIAPA tak kenal dengan pasangan yang baharu sahaja beberapa bulan lepas melangsungkan majlis...

Fizikal Kanak-Kanak Tapi Sudah Umur 30 Tahun

JIKA dilihat pada pandangan mata kasar, dia umpama kanak-kanak namun hakikatnya Wang Tianfang sudah berusia 30 tahun.

Dilahirkan pada 1987 di kawasan pedalaman di timur China, Wang berhenti membesar pada usia antara dua dan tiga tahun. Ketinggiannya hanya 80cm.

Wang juga tidak boleh bercakap. Keadaan ini menyebabkan ibunya, Chu Xioping, 52, sangat sedih. Dia mengharapkan sekurang-kurangnya Wang boleh memanggil `ibu’.

Dalam keadaan berkenaan, Chu tetap menyayangi anaknya meskipun ada penduduk kampung yang mencadangkan supaya dia meninggalkan sahaja anaknya itu kuil atau diberikan kepada orang lain sebagai anak angkat.

Chu adalah ibu tunggal dan untuk menyara anaknya, dia bekerja sebagai pemetik daun tah di kawasan pergunungan.

Sebelum keluar, dia akan memandikan anaknya dan memberinya makan. Chu akan meminta jirannya melihat anaknya itu jika dia keluar.


Sehingga kini Chu masih belum dapat mencari punca yang mengakibatkan anaknya itu berkeadaan berkenaan.

Dalam satu temubual dengan Pear Video, Chu memberitahu, dia pernah dimaklumkan oleh doktor bahawa ia merupakan satu keajaiban apabila anaknya dapat hidup lama.

“Saya berharap dia diberikan umur yang panjang,’’ kata Chu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori