Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pertembungan Maruah JDT, Kedah...

KUALA LUMPUR : Aksi Liga Super antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah...

6 Tren Baharu Tingkatkan...

SEPANG - Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50...

Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan...

SEGAMAT - Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) direman tujuh...

Pentadbiran Kerajaan Perak Berada...

KUALA KANGSAR - Pentadbiran kerajaan negeri Perak berada di landasan yang betul berikutan...

Fitnah SPR: Rafizi Berdepan Siasatan Polis

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan boleh menjalankan siasatan ke atas naib presiden PKR, Rafizi Ramli mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis akan mengambil keterangan Rafizi berhubung kenyataannya yang berunsur fitnah melalui laman sosial terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia berkaitan isu semasa proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita akan memanggil Rafizi dan mereka yang terlibat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan undi awal di Pangkalan Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di sini hari ini.

Noor Azam berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada petugas SPR semasa hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau di Rembau, 28 April lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan disytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau pada hari penamaan calon, 28 April lalu, apabila pencabar tunggal beliau, Dr. S.Streram daripada PKR, gagal mengemukakan kertas pencalonannya kerana tidak mempunyai pas SPR untuk memasuki pusat penamaan calon.

Sementara itu, seorang anggota polis dari Unit FRU negeri, Rahmat Jali, 55, tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi, walaupun belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit strok yang dihidapinya sejak September 2016.


Bapa kepada dua anak berusia 23 dan 18 tahun, Rahmat, yang hadir bertongkat dan dipimpin oleh anak lelakinya, mendapat bantuan daripada jiran untuk menghantarnya ke pusat mengundi.

“Saya masih bercuti sakit. Ini tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, kena keluar mengundi walaupun sakit,” katanya. – BERNAMA

Kategori