Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Masih Berbisa, Felda...

KUALA LUMPUR – Juara Piala FA 2009, Selangor membuktikan mereka masih berbisa walaupun...

Protes Perancis Jejas Ekonomi,...

PROTES besar-besaran antikerajaan di Perancis akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi pada suku terakhir tahun...

Perkasa Pendidikan Seks Sedari...

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini...

Muzium TLDM Bertaraf Dunia...

LUMUT - Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bakal dibina di persisiran...

Fitnah Semata… Rafidah Nafi Kahwin Kaum Sejenis!

MUJUR ada yang masih mempunyai sifat kemanusiaan apabila seorang individu dengan beraninya telah tampil bertanyakan kepada Rafidah Abdullah mengenai kontoversi yang melandanya.

Sejak semalam, berita kononnya dia telah berkahwin dengan kaum sejenis di Australia telah tersebar dengan meluas!

Baca: Pengacara 3R Kahwin Lesbian Di Australia?

Individu berkenaan yang dikenali sebaga Andy Telesai telah menghantar mesej kepada Rafidah melalui akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Maaf sis, tapi awak patut tahu tentang isu ni. Supaya sis boleh pertahankan diri sis daripada di fitnah,” tulis individu berkenaan.

Rafidah dengan tenang hanya menjawab bahawa itu semua merupakan fitnah keatas dirinya serta turut menyuruh sesiapa sahaja untuk membuat semakan pendaftaran perkahwinan serta passportnya juga.

“Hahahahaha bodoh la semua ni. Fitnah je! Sesiapa yang kaki gosip tu, kalau nak buat search pendaftaran ke, ataupun nak check passport akak sekalipun, dpersilakan sebab sah-sah tak ada.

“Adik jangan risau, akak relax je di samping kucing-kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia,” tulisnya.


Jadi, ternyata disini bahawa semuanya merupakan fitnah semata-mata.

Tapi bagaimanapun akaun Instagram wanita yang dikatakan sebagai kekasih hati Rafidah itu sudah tidak wujud lagi selepas dirinya terkenal sebagai ‘kekasih’ Rafidah.

Diharapkan perkara seperti ini tidak menjejaskan karier Rafidah sendiri kerana ianya turut melibatkan maruah dirinya.

Jadi, kepada individu yang menuduh kononnya mereka sudah berkahwin, bawa-bawalah bertaubat dan minta maaf pada tuan empunya badan sendiri.

Bercakap tentang orang lain memang seronok, tapi kalau berita yang kita sampaikan tu salah, bertambah  seronok malaikat di bahu kiri mencatat. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori