Firma Rusia Hasilkan Motosikal Terbang

LAS VEGAS – Sebuah syarikat Rusia, Hoversurf memperkenalkan model motosikal terbang pada berharga AS$150,000 (RM614,000) seunit dan ia cuma boleh…

LAS VEGAS – Sebuah syarikat Rusia, Hoversurf memperkenalkan model motosikal terbang pada berharga AS$150,000 (RM614,000) seunit dan ia cuma boleh terbang selama 10 hingga 25 minit sebelum perlu dicas semula.

Model terbaharu Hoverbike S3 edisi 2019 itu boleh ditunggang pada kelajuan maksimum 96 kilometer sejam ketika terapung setinggi lima meter dari permukaan tanah. Ia menggunakan kuasa bateri dan jangka hayat ketahanan bergantung kepada berat penunggang dan keadaan cuaca.

Beberapa unit motosikal terbang itu pernah dibeli pasukan polis Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Versi baharu itu dilaporkan mempunyai ciri seakan-akan dron iaitu mampu terbang selama 40 minit tanpa penunggang.

Pembeli boleh menempah motosikal seberat 114 kilogram itu dengan membuat bayaran awal AS$10,000 (RM41,000) dan perlu menunggu selama dua hingga enam bulan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan penggunaan motosikal terbang berkenaan dan dikelaskan sebagai kenderaan sangat ringan. – Agensi

Loading...