Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ekspo Kerjaya Menipu, Libat...

HARAPAN palsu mendapatkan pekerjaan benar-benar menyakitkan hati kepada graduan mahupun penganggur yang sekian...

Suu Kyi: Dewa Bagi...

SEJAK Persidangan ASEAN plus 4 di Filipina dua minggu lalu, Kaunselor Myanmar Aung...

Unifi Sasarkan 1.5 Juta...

KUALA LUMPUR — Unifi, jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah Telekom Malaysia Bhd...

Bekas Pemimpin UMNO Jangan...

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, mempersoalkan...

‘Find my iPhone’ Cari Teman Wanita Yang Dirogol

SEORANG lelaki di Singapura berjaya mengesan teman wanitanya yang didakwa dirogol dengan menggunakan aplikasi carian lokasi ‘Find my iPhone’ selepas wanita itu tidak balas mesej lelaki itu.

Menurut media tempatan, Mahkamah Tinggi di Singapura mendengar kes pada Khamis di mana seorang lelaki berjaya mengenal pasti lokasi teman wanitanya dengan menggunakan aplikasi berkenaan.

Dengan mengunakan aplikasi ‘Find my iPhone’ untuk mengesan teman wanitanya itu selepas wanita tersebut berhenti membalas mesej ketika dia berhibur bersama rakan sekerjanya di sebuah kelab malam.

Aplikasi itu asalnya ditawarkan Apple sebagai usaha membantu pengguna untuk mendapatkan  kembali sebarang peranti iOS yang hilang. Ia berfungsi melalui pengguna akaun Apple Id yang secara automatik didaftar ke iCloud

Berbalik kepada kes tersebut, lelaki itu memberitahu pihak mahkamah bahawa dia berjaya menemui wanita itu dalam keadaan pengsan, berbaring di atas tilam dengan lelaki lain di Hume Height.


Suspek terbabit yang berusia 40 tahun, kini dalam perbicaraan atas tuduhan melarikan dan merogol wanita pada 24 Julai 2014 lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori