Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

25 RUU Diluluskan Sidang...

PUTRAJAYA: Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang...

Sebab Sebenar Netanyahu Sokong...

TINDAKAN Benjamin Netanyahu, perdana menteri rejim Zionis menyokong gencatan senjata dengan Hamas ekoran...

Haram Simpan Patung Di...

ANAK patung dengan pelbagai rupa sama ada manusia atau haiwan sering kali menjadi...

“Saya Sendiri Produk PPSMI”...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui...

Filem Upin Ipin Kutip RM25 Juta Selepas 3 Minggu

KUALA LUMPUR – Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal filem animasi kedua terbitan Les’ Copaque Production meraih kutipan RM25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.

Lebih membanggakan apabila jumlah penonton tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras baru bagi filem tempatan. Ia dijangkakan akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.

Kejayaan filem ini adalah hasil dari penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin dan Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Selain itu, lagu tema dan animasi yang cantik mendapat pujian netizen yang meletakkannya setanding dengan filem animasi antarabangsa. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah tontonan sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

Kategori