Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Belum Dapat Laporan...

SUNGAI PETANI - Kementerian Kesihatan masih belum mendapat laporan penuh bedah siasat kematian...

SPRM Panggil 9 Ahli...

KUALA LUMPUR - Sembilan ahli perniagaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari...

Pembantu Penguat Kuasa JPJ...

MELAKA - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengaku tidak...

Pakatan Harapan Ketandusan Calon...

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri...

Filem Terbaru Shia LaBeouf Hanya Terjual Satu Tiket

FILEM terbaharu dibintangi aktor Shia LaBeouf, berjudul ‘Man Down’ mendapat sambutan yang mengejutkan apabila hanya berjaya jual satu tiket sepanjang tempoh seminggu tayangan di Britain.

Menurut laporan portal Variety, filem bertemakan peperangan itu hanya memungut AS$11.51 (RM51) sepanjang tempoh tayangan perdananya, sekali gus mencipta rekod terburuk di dalam sejarah industri perfileman.

 “Tayangan perdana ‘Man Down’ memang patut masuk Guinness Word Record,” kata sinis seorang penganalisis media di ComScore, Paul Dergarabedian.

Laman Rotten Tomattoes juga mendedahkan bahawa Man Down hanya mencapai kedudukan meter 15 peratus ulasan positif.

Antara faktor utama ia mendapat kurang sambutan adalah disebabkan jalan ceritanya yang terus-terusan menunjukan sterotype askar marin yang merindui keluarga ketika berada di medan perang.

Filem Terbaru Shia LaBeouf Hanya Terjual Satu Tiket

Malah, tidak kurang juga laporan media yang mengatakan ianya turut berpunca daripada sikap pelakon utama itu sendiri.

Shia selepas menyinar dalam filem blockbuster seperti Transformers dan Indiana Jones, beliau membuat keputusan untuk lebih aktif dalam projek indie.


Usaha beliau bagaimanapun gagal mencapai tahap ‘pecah panggung’ mahupun menerima kritikan komen positif dan pujian yang bernas.

Beliau dilaporkan sering kali ditahan polis dan selalunya berkait dengan masalah alkohol. Tahun lepas, Shia ditangkap kerana protest anti-Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Selebriti lain yang terlibat dengan projek indie seperti Emma Watson yang popular dengan francais filem Harry Potter juga menerima padahnya.

Filem projek indie Emma, The Colony menerima banyak kritikan negatif tahun lepas sehingga memungut kutipan hasil yang kecil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori