Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPR Perkenal Kamera Rakam...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di...

Brek Tak ‘Makan’, Pemandu...

SUDAH ajalnya tertulis begitu, seorang pemandu lori maut digilis tayar lori sendiri setelah dia...

Mayat Kanak-Kanak Jepun Mati...

Polis Kobe menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam berikutan penemuan mayat seorang...

Izinkan Aku Menyintaimu Pasti...

KISAH gosip cinta antara hero dan heroin memang dijadikan resepi ginseng drama Korea...

“Filem Dukun Beri Saingan Sihat” – Norman

SELEPAS isu timbul apabila filem kontroversi, Dukun diberi slot tayangan tanpa melalui proses penjadualan Skim Wajib Tayang (SWT) dikatakan memberikan saingan kepada Qhaliq yang juga bakal ditayangkan pada hari sama.

Menurut Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Abdul Halim, perkara ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan sihat kepada industri senematik tempatan.

Jelasnya, filem komersial yang bagus perlu dinilai berdasarkan merit dan tidak semestinya perlu menunggu lama untuk mendapatkan slot tayangan.


“Sebuah penerbitan seperti Dukun yang baik daripada sudut penceritaan, teknikal dan pemasaran tidak seharusnya disekat untuk bersaing dalam pasaran terbuka.

“Saya melihat proses pemberian slot berdasarkan merit ini sebagai perkembangan sihat walaupun lari daripada kebiasaan yang dipatuhi dalam proses pengedaran filem tempatan,” katanya dipetik BH Online.

Begitupun, Norman menghargai inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan SWT yang dilihat banyak membantu industri dan juga penerbit-penerbit baharu.

“Namun, kita harap harap sistem itu tidak disalah guna mana-mana pihak terutama mereka yang tidak bersungguh-sungguh menghasilkan produk berkualiti.

“Kesannya boleh menjejaskan keyakinan penonton terhadap filem tempatan,” jelasnya.

Terdahulu, pihak produksi Astro Shaw mengumumkan bahawa filem Dukun ditayangkan di 100 pawagam mulai esok selepas 12 tahun ‘terperap’ sekali gus mendapat sambutan baik dari para peminat dan pengkritik filem.


Filem tersebut menampilkan Datin Paduka Umie Aida dan Adlin Aman Ramlie itu tidak ditayangkan pada 2007 disebabkan ia mencetuskan kontroversi berkisarkan tentang kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan seorang ahli politik.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan mengapa filem kontroversi itu pada saat-saat akhir dimasukkan dalam senarai tayangan.

Dalam pada itu, Norman berharap pindaan Syarat Skim Wajib Tayang akan diluluskan dalam masa terdekat bagi memastikan hanya filem tempatan yang layak dan berkualiti mendapat tayangan di pawagam bagi kebaikan industri perfileman dan juga penonton.

“Memang ada kekurangan bagi filem yang tidak melalui SWT iaitu hilangnya kelayakan filem terbabit mendapatkan Insentif Tabung Filem Cereka dari FINAS.

“Namun, biar apa pun keputusan, sama ada ingin menayangkan filem melalui SWT atau tidak, sewajarnya terpulang kepada penerbit atau pelabur filem itu sendiri. Tidak perlulah kita mempertikaikan keputusan perniagaan masing-masing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori