Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Delivery Sahur Buat Warga...

KUALA LUMPUR - "Sahur tadi makan apa?" antara topik yang popular dibincangkan dalam...

Pekerja Kilang Berjalan 32km...

DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32...

Usia Bukan Penghalang, Amy...

SELEPAS kejayaan anaknya, Nabila Huda menawan gunung Annapurna di Nepal, kini tiba giliran...

Melaka Naik Taraf Bangunan...

MELAKA - Kerajaan Melaka akan menaik taraf sembilan bangunan kerajaan negeri dan anak...

Fikry Lawak Solo Trauma Peminat Lelaki Ajak Seks

BAKAT baharu kelahiran program realiti Lawak Solo musim pertama Fikry berkongsi pengalaman diganggu peminat lelaki yang menghantar mesej lucah kepadanya menerusi laman Instgram miliknya.

Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 23, mendedahkan hal itu kepada portal hiburan Astro Gempak.

Jelasnya, peminat lelaki itu cuba untuk mengajaknya melakukan hubungan seks.

Jejaka tampan ini yang terkejut dengan situasi baru dialaminya itu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang respon kepada individu tersebut.

Fikry Lawak Solo Trauma Peminat Lelaki Ajak Seks

“Saya rasa terkejut kerana menerima direct message (DM) menerusi aplikasi Instagram dari seorang lelaki. Mesej tersebut merupakan mesej berbaur lucah dan mahu mengajak saya melakukan hubungan seks.

“Saya rasa takut dan gerun membaca mesej tersebut dan tak sangka menerima mesej yang tidak sepatutnya dari seorang peminat lelaki. Saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang respon dan membiarkan sahaja mesej tersebut,” jelasnya.

Baca: Lydiawati Tertekan Asyik Terima Mesej Lucah Daripada Pengkid

Juga: Fokus Asah Bakat Lakonan, Idris Khan Akui Pernah Terima Mesej Lucah

Fikry Lawak Solo Trauma Peminat Lelaki Ajak Seks


Dalam pada itu, Fikry turut mendedahkan rezekinya makin terbuka apabila ada menerima tawaran berlakon daripada produksi tempatan setelah kejayaannya menduduki tempat ketiga menerusi program realiti itu.

“Setakat ini, saya mendapatbeberapa tawaran untuk berlakon. Sebagai pendatang baru, saya mahu mencuba cabang lain dalam bidang hiburan.

“Saya bersyukur kerana selepas Lawak Solo, kerjaya seni saya semakin berkembang baik,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Idris Khan dan dramatis Lydiawati juga pernah melalui nasib sama menerima mesej lucah daripada peminat mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori