Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Permohonan Najib Padam Afidavit...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memadamkan afidavit yang...

Semua Mangsa Banjir Di...

JASIN - Seramai 135 daripada 30 keluarga yang dipindahkan setelah rumah mereka di...

14 Maut Insiden Tembakan...

SAN BERNARDINO - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan mencederakan ramai yang lain dalam...

Reman Wanita Vietnam Disyaki...

Manjung : Perintah reman terhadap seorang wanita warga Vietnam yang disyaki membunuh lelaki...

Fidofilia Sasar Budak Miskin Dipenjara 18 Tahun

LONDON – Seorang lelaki dipenjara 18 tahun kerana merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak miskin di Kenya selepas mengeksploitasi hubungan baik dengan keluarga mangsa.

Mahkamah Diraja Leeds menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith Morris, 72, selepas dia didapati bersalah pada 22 Mei lalu atas tuduhan merogol mangsa yang berusia 13 dan 14 tahun.

Morris didakwa memilih dua kanak-kanak perempuan paling lemah di sebuah kampung terpencil di Kenya dengan seorang daripada mangsa dirogol lebih 20 kali ketika melancong ke negara itu antara 2016 hingga 2017.

Dia sering melancong ke Kenya bersama isteri dan cucunya.

Lelaki itu juga mengeksploitasikan hubungan baiknya dengan keluarga mangsa dengan memberikan mereka wang dan hadiah serta turut membantu penduduk kampung yang lain.


Morris yang berasal dari Hull sering membawa kanak-kanak di kampung itu bersiar-siar dengan membelikan mereka gula-gula, alat solek, makanan dan mempelawa mereka tinggal di bilik hotelnya.

Lelaki itu disiasat apabila pelancong Britain lain curiga melihat kelakuan Morris terhadap mangsa ketika di hotel sebelum memaklumkan rakannya yang juga anggota polis.

Siasatan antarabangsa dilancarkan dan Morris ditahan pada Februari 2017 di lapangan terbang Humberside ketika pulang dari Kenya. – Daily Mail/mStar Online

Kategori