Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kim K Jadi Sensasi...

SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian West sekali lagi meraih perhatian penduduk dunia dengan gambar...

UMNO Parti Terkuat Di...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan pada ulang tahun ke-71...

8 Pati Ditahan Selepas...

Tawau : Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia menyusup masuk...

Adik Comel Ini Memerlukan...

ANAK kecil ini sering menangis kerana sakit selain mengadu berat pada bahagian kepala. Dia...

Isa Letak Jawatan Di FGV, Beralih Ke SPAD

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad berkuatkuasa hari ini.

Selain jawatan itu, Isa turut meletakkan jawatan dalam syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama syarikat peladangan kelapa sawit terbesar Malaysia itu.

“FGV mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad daripada mempengerusikan FGV serta anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama bagi memberi fokus kepada urusan peribadinya,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Serentak itu, ahli lembaga pengarahnya, Tan Sri Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Sementara itu, Isa turut dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=vxzogGKODpM&t=28s

Kategori