FGV Lantik Pengerusi Sebagai CEO Sementara

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd hari ini, mengumumkan pelantikan Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara sehingga CEO yang baharu dilantik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, pelantikan pada asas sementara itu dipersetujui Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Jawatankuasa Lembaga Pengarah Khas 2 yang mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden/CEO Kumpulan sejak 18 September, dengan ini dibubarkan, kata FGV.

Menurut FGV, tugas semasa Azhar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FGV tidak berubah. – BERNAMA

Loading...