Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Covid-19 (7 Jun): 1,330...

Sebanyak 1,330 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

27 Maut, Bom Diletup...

KANO, Nigeria - Dua letupan bom menggegar stesen bas di utara Nigeria menyebabkan...

SOJC: Kalahkan New Zealand...

JOHOR BAHRU – Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira apabila empat gol...

Akta Koperasi Akan Dipinda...

KUALA LUMPUR - Bagi memperkasakan agenda koperasi dalam negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

FGV Catat Kerugian Bersih RM3.37 Juta

FGV Holdings Bhd. (FGV) mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM3.37 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2019 berbanding keuntungan bersih RM1.12 juta pada tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata hasilnya turut susut sebanyak sembilan peratus bagi tahun ke tahun kepada RM3.27 bilion berbanding RM3.60 bilion sebelum ini berikutan penyusutan ketara harga minyak sawit mentah (MSM) dan purata harga jualan lebih rendah dalam sektor gula.

Walaupun prestasi operasi syarikat itu dalam sektor perladangan meningkat, ini sebaliknya dijejaskan oleh harga purata MSM yang susut 20 peratus kepada RM1,986 tan metrik daripada RM2,472 tan metrik pada suku pertama 2018.

Keuntungan sektor perladangan FGV meningkat kepada RM39.83 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM19.46 juta yang dicatatkan sebelumnya berikutan peningkatan sumbangan aktiviti hiliran menerusi margin lebih tinggi yang direkodkan perniagaan penghancur isirung dan asid lemak.

Pengeluaran tandan buah segar (TBS) turut meningkat sebanyak 6.6 peratus kepada 1.06 juta tan metrik daripada 0.99 juta tan metrik pada suku pertama 2018 dengan pulangan 4.38 tan metrik bagi sehektar.

Selain itu, kadar ekstrak minyak (OER) turut meningkat kepada 20.76 peratus berbanding 19.75 peratus pada tahun sebelumnya manakala jumlah pengeluaran MSM menokok sebanyak 14 peratus kepada 762,000 tan metrik.

Kos selain kilang berkurangan sebanyak 20 peratus tahun ke tahun kepada RM1,378 satu tan pada suku terbabit akibat peningkatan jumlah pengeluaran serta keberkesanan dan kecekapan operasi.

Selain itu, peningkatan prestasi sektor itu turut disumbangkan oleh pembalikan susut nilai bersih berjumlah RM48 juta manakala perniagaan hiliran pula melebihi sasaran jualan dalaman terutama hasil pelaksanaan mandat biodiesel B10 yang berkuatkuasa pada Februari.

“Kami kini dalam proses meneliti semula strategik perniagaan hiliran dan percaya segmen ini akan terus berkembang dan menyumbang secara positif kepada prestasi FGV,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, sektor gula syarikat itu mencatat kerugian sebanyak RM3 juta bagi suku pertama 2019 berbanding keuntungan RM22 juta bagi tempoh sama tahun lepas, disebabkan oleh penyusutan masing-masing 11 peratus dan 15 peratus purata harga jualan bagi sektor domestik dan industri MSM Malaysia Holdings Bhd.


Prestasi itu turut dijejaskan oleh kos penapisan yang lebih tinggi iaitu RM362 bagi satu tan metrik iaitu kenaikan 12 peratus bagi tahun ke tahun.

Dalam pada itu, sektor logistik dan dan sokongan perniagaan (LSB) mencatat kerugian sebanyak RM17 juta pada suku pertama 2019 berbanding keuntungan berjumlah RM24 juta sebelum ini yang disebabkan oleh peruntukan skim pemisahan bersama syarikat dan susut nilai baki tertunggak yang selaras dengan keperluan MFRS 9.

“Tanpa faktor itu, sektor LSB sepatutnya mencatat keuntungan sebanyak RM24 juta yang setanding dengan keuntungan pada tahun sebelumnya.

“Beberapa perubahan dan penambahbaikan struktur juga diambil bagi memusatkan fungsi pemerolehan dan 50 peratus daripada sasaran penjimatan kos sebanyak RM150 juta telah pun dikenal pasti menerusi langkah rasionalisasi dan kawalan kos,” katanya.

Haris berkata FGV turut merangka dan melaksanakan Inisiatif Pendedahan Khas Secara Sukarela, Kod Tatakelakuan Pembekal dan Garis Panduan Delikuensi Pembekal bagi proses pemerolehan yang lebih berkesan, cekap dan telus.

“Tahun kewangan ini dimulakan dengan petunjuk jelas bahawa FGV telah kembali ke landasan untuk memantapkan operasinya.

“Selain meneruskan usaha memantau semua aktiviti kami, FGV turut meninjau inisiatif strategik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak sawit dan impak harga MSM. Oleh itu, saya yakin kami dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun kewangan 2019,” katanya.

Kategori