Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Satukan Rakyat Pelbagai...

SIPITANG - Sejak kemasukan UMNO ke Sabah lebih 25 tahun lepas, parti itu...

Sabah Sentiasa Bantu Kawasan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah sentiasa membantu kawasan pembangkang sama ada dari segi...

Ejen Ali Dapat Respon...

KUALA LUMPUR - Filem Ejen Ali The Movie mendapat sambutan luar biasa sejak...

Sebuah Masjid Terbakar Di...

IPOH - Sebuah masjid di Kampung Layang-Layang Kanan, Parit, musnah 60 peratus melibatkan...

FGV Akan Rujuk Kes CEO, CFO Panel Siasatan

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) memutuskan untuk merujuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha kepada Panel Siasatan.

Keputusan itu dibuat selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Kedua-dua Zakaria dan Ahmad Tifli pada masa ini sedang bercuti.

“Lembaga telah menubuhkan panel yang sewajarnya daripada dalam Kumpulan FGV. Anggotanya bukan terdiri daripada para pengarah FVG,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, di sini, hari ini.

FGV juga berkata semasa proses siasatan itu, lembaga tidak akan mengulas dan/atau campur tangan berhubung perkara tersebut.


“Lembaga hanya akan membuat pengumuman yang perlu apabila panel telah menyerahkan keputusannya kepada lembaga dan satu resolusi telah dicapai. Proses ini dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan,” kata syarikat itu.

FGV berkata lembaga juga memutuskan untuk menghantar nota peringatan kepada Zakaria bagi mengingatkan beliau bahawa semasa bercuti, beliau masih merupakan kakitangan FGV dan terikat dengan kod tata laku dan etika perniagaan syarikat bagi kakitangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori