Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

C-130 Bersedia Di Djibouti,...

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

‘Bayi Baru Lahir, Dibuang...

KUALA LUMPUR : Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan, ditemui ditinggalkan di tempat...

RM3.3 Bilion Bantu PKS...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM3.3 bilion diperuntukkan di bawah Tabung Bank Negara Malaysia...

Mesyuarat Cawangan, Perwakilan Diteruskan...

KUALA LUMPUR : UMNO akan meneruskan agenda mesyuarat peringkat cawangan dan perwakilannya di...

Felda Pintu Rezeki Buat Golongan Peneroka

KUALA LUMPUR – Sejak penempatan pertama dibuka pada tahun 1958 di Lurah Bilut, Pahang, Felda yang pada awalnya ditubuhkan atas tujuan membasmi kemiskinan, kini ternyata menjadi tempat mengubah nasib golongan peneroka.

Program jangka masa panjang cetusan idea Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein ini nyata berjaya memberi impak kepada kira-kira 119,000 peneroka Felda di 317 penempatan seluruh negara.

Ini sepertimana dialami Ibrahim Seman yang bersyukur terpilih menyertai Felda Krau 1, Raub, Pahang pada tahun 1978 dan pada usia 61 tahun kini tidak lagi perlu risau mengenai hal kewangan dan generasi seterusnya.

“Kita dah ada tempat bergantung (Felda). Dari tak ada harta, datang daripada keluarga susah, tak terfikir hari ini ada 10 ekar (empat hektar) tanah. Anak-anak saya empat orang pun masing-masing dapat tempias,” katanya yang berhijrah dari Bachok, Kelantan ke Felda berkenaan semata-mata untuk mencari rezeki.

Rata-rata dilihat bukan sahaja dapat keluar daripada kepompong kemiskinan malah ada di antara generasi kedua dan ketiga Felda berjaya menjadi orang besar di syarikat terkemuka dan berjawatan tinggi dalam kerajaan dan seterusnya menyumbang semula untuk komuniti Felda khususnya dan negara amnya.

Antaranya Datuk Hanapi Suhada dari Felda Lyndon B. Johnson yang kini menjawat jawatan Pengarah Besar Felda, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid dari Felda Kemendor (Naib Canselor, University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) dan Tan Sri Rozali Ismail dari Felda Gedangsa (Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga).

Malah, tinjauan di Felda Gedangsa, Selangor; Felda Sungai Klah, Perak; Felda Chiku, Kelantan dan Felda Krau, Pahang mendapati tanah rancangan ini masing-masing dipenuhi banglo batu dan kereta-kereta yang selesa, jauh berbeza daripada keadaan asal dan tahap ekonomi peneroka di awal penubuhan Felda.

Jika kita memasuki kawasan ini, kita tidak akan menyedari bahawa ia adalah kawasan penempatan Felda kalau bukan disebabkan papan tanda dan pintu gerbang Felda yang tersergam indah di setiap pintu masuknya.

Nasib peneroka juga terus dibela termasuk terbaharu melalui Felda 2.0, satu inisiatif kerajaan yang antara lain akan menyaksikan pemasangan internet berkelajuan tinggi, sekali gus membuka peluang ekonomi, khususnya dalam aspek usahawan digital, pertanian moden serta ekopelancongan kepada penduduk setempat.

Selain itu, pada tahun lepas, kerajaan turut memberi kelulusan pembinaan lebih satu unit rumah dalam satu tapak di tanah rancangan Felda dan dijangka lebih 70,000 rumah boleh dibina lagi.

Bagi menambahkan lagi pendapatan peneroka, Felda juga menggalakkan penanaman tanaman sampingan seperti kelapa dengan projek perintisnya dimulakan di Felda Selendang, Rompin.

Namun, Felda yang selama ini menjadi ‘fixed deposit’ Barisan Nasional (BN), tidak dapat lari daripada pelbagai isu.

Ini termasuk isu terbaharu mengenai hak milik tanah Felda di Kuala Lumpur yang dilapor bertukar milik menerusi transaksi diragui hujung tahun lepas yang bagaimanapun telah diselesaikan hampir serta-merta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi anak peneroka di Felda Sungai Klah, Trolak, Perak, Rosman Saidin, 52, tidak kira apa jua cabaran yang dihadapi Felda, majoriti peneroka terutama generasi pertama dan kedua akan tetap bersama parti yang memulakan program Felda.


Katanya, menyokong parti yang telah berjasa kepada ribuan peneroka dan keluarga mereka adalah lebih baik daripada mengambil risiko menyokong parti lain, yang kemungkinan akan menjadi umpama melepaskan ‘orang yang tersepit’.

“Saya tak nak pakai perumpamaan ‘anjing yang tersepit’ sebab anjing kalau kita lepas dia akan kenang jasa orang yang menolong, tetapi kalau orang, tak tentu. Silap-silap bila kita bagi kuasa, kita pula yang terseksa,” katanya.

Undi peneroka memainkan peranan penting pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) memandangkan 54 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen bergantung kepada undi mereka.

Barisan Nasional (BN) menang di 48 daripada keseluruhan 54 kerusi Parlimen pada PRU lepas manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, BN mengaut 81 daripada keseluruhan 92 kerusi.

Tinjauan di empat Felda berkenaan mendapati mood PRU-14 masih tenang, dan tiada perang bendera atau poster parti politik, selain hanya sedikit di Felda Gedangsa.

Anak peneroka Felda Gedangsa, Asdin Udin, 45, berkata setakat hari ini tiada langsung ceramah politik atau sebarang kempen politik di penempatan berkenaan.

Farhana Rahim, 32, anak peneroka Felda Palong Timur, Segamat, Johor, percaya sekurang-kurangnya di penempatannya, BN tidak akan mendapat tentangan yang kuat daripada pembangkang.

“Saya rasa di sini, hanya satu sahaja daripada 10 orang memihak kepada pembangkang,” katanya yang kini menetap di Felda Chiku 1 selepas mengikuti suaminya yang merupakan anak peneroka di sana.

Pendapat sama disuarakan seorang guru yang mengajar hampir 16 tahun di Felda Chiku 1, Aidid Zakaria, 53, yang melihat bahawa peneroka adalah golongan yang berhati-hati dalam memilih pemimpin.

“Susah untuk ubah mereka, jarang-jarang yang akan termakan kempen parti lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori