Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lepas 4 Bulan Serpihan...

Selepas kira-kira empat bulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berlaku 17 Julai...

Annuar Kesal Laporan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Tunku Abdul Jalil Mangkat,...

PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan...

MB Selangor Gesa PKNS...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa Perbadanan Kemajuan Negeri...

Felcra FC Ada Masa Sahkan Penyertaan Liga-M

SHAH ALAM – Naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC mempunyai masa sehingga 15 November ini untuk mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata sekretariat MFL masih belum menerima surat rasmi berhubung keputusan Felcra FC menarik diri dalam Liga-M pada musim depan.

“Kita sudah hantar surat rasmi kepada semua pasukan dan mereka perlu mengesahkan penyertaan sebelum 15 November ini. Ini bermakna Felcra FC masih mempunyai tempoh untuk mencari penaja jika mereka masih berminat untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2019,” katanya ketika diminta mengulas laporan media berhubung isu berkenaan .

Mohd Shazli berkata demikian pada sidang media mesyuarat kedua Jawatankuasa Pengelola bagi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pasukan Selangor ialah pasukan pertama yang mengesahkan penyertaan dalam Liga-M menerusi surat rasmi yang diterima sekretariat MFL pada hari ini.

Pengerusi Felcra Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran pasukan Felcra FC selepas menilai situasi ekonomi semasa, sambil menambah pembubaran pasukan berkenaan adalah bagi memastikan aliran tunai syarikat Felcra Berhad berada dalam keadaan stabil.


Kelab Bolasepak Felcra yang berusia enam tahun, memulakan aksi kompetitif mereka dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Pasukan yang pernah melahirkan penyerang sensasi, N. Thanabalan itu berjaya menempatkan diri dalam saingan Liga Premier 2018, selepas menjuarai Liga FAM musim lepas.

Mengharungi musim dengan cemerlang pada penampilan pertama dalam Liga Premier musim ini, skuad bimbingan jurulatih dari Brazil, Tarcisio Pugliese itu berjaya muncul naib juara Liga Premier, sekali gus ditawarkan slot beraksi dalam Liga Super musim depan. – BERNAMA

Kategori