FBM KLCI Di Bawah Paras 1,600 Mata

KUALA LUMPUR – FBM KLCI kekal di bawah paras 1,600 mata pada sesi penutupan tengah hari biarpun berjaya mengurangkan kerugiannya dengan ketara.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI turun 4.72 mata kepada 1,596.37. Indeks itu merosot kepada paras terendah 1,572.03.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 403 hingga 201, manakala 545 kaunter tidak berubah. Jumlah dagangan adalah 1.73 bilion saham bernilai RM1.15 bilion.

Loading...