Fauziah Latiff Dan Nassier Wahab Tunai Haji

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Nassier berkongsikan khabar itu menerusi perkongsian gambar di laman Instagram, memohon doa peminat agar perjalanan mereka berdua dipermudahkan selain mendapat haji mabrur.

“Alhamdulillah. Bersama Gee, kami akan berlepas ke Tanah Suci, doakan semoga perjalanan kami dirahmati Allah,” tulisnya.

Peminat kedua-dua penyanyi popular era 80-an itu turut sama mendoakan perjalanan ibadah haji selebriti pujaan mereka itu.

@Bardzaman menulis, “Moga dipermudah segala urusan dan mendapat haji mabrur abang @nassierwahab.

@sitikhalifahmohdnoor, “Semoga urusan pergi & balik @nassierwahab @fauziahlatiff dipermudahkan…semoga mendapat Haji yang Mabrur.”

@aljannahmunasafar, “Tahniah @fauziahlatiff dan @nassierwahab. Menjadi tetamu Allah.”

@jubah.norasIn, “Insha Allah…semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan Allah sepanjang berada di sana.. Aamin.”

@robaiyah_derus, “Semoga di permudahkan Datuk @nassierwahab @fauziahlatiff.”MYNEWSHUB.CC