Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daripada Mufti Kepada Ahli...

SIBU - Walaupun pernah menjadi mufti sebuah negeri menyeberangi Laut China Selatan, jauh...

Daftar Pemilih Tambahan Mac...

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) yang telah diperaku semalam...

Beruang Zoo Bandung Dibiar...

SEBUAH zoo di Bandung, Indonesia telah menimbulkan kemarahan seluruh dunia khususnya pencinta binatang...

Video Animasi 3D Kebakaran...

TULAR menerusi laman sosial sebuah video animasi tiga dimensi (3D) menunjukkan 'gambaran' tragedi...

Fattah, Fazura Dilantik Jadi Duta Kad Debit Maybank

TAHNIAH… Penggunaan transaksi tanpa tunai terutama dalam kalangan golongan muda yang memiliki kad debit Malayan Banking Bhd. (Maybank), iaitu segmen Gen-Y dilihat berkurangan.

Justeru, Maybank melantik pasangan selebriti terkemuka tanah air, Fattah Amin dan Nur Fazura atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Fattzura’ untuk menggalakkan penggunaan kad debit dalam urusan kelompok usia tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Nur Fazura berkata, penggunaan kad debit itu sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan proses pembelian tanpa pengeluaran wang tunai banyak serta lebih selamat daripada risiko jenayah.

“Saya menggalakkan golongan muda terutamanya untuk sentiasa menggunakan kad debit Maybank kerana ia juga lebih mudah untuk membuat transaksi tertentu atau ketika membuat pembelian produk serta perkhidmatan.

“Tambahan pula, dunia kini menuju ke arah masyarakat tanpa tunai yang dilihat lebih selamat,” kata aktres tersebut ketika berucap pada majlis pelantikan sebagai duta Kad Debit Maybank di Menara Maybank, ibu negara hari ini.


Turut hadir ialah Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan dan Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, B. Ravintharan.

Dalam pada itu, Ravintharan berkata, pihak Maybank menyasarkan peningkatan jumlah transaksi kad debit sebanyak 57 peratus dengan lebih daripada RM17 bilion pada tahun ini berbanding tahun lalu, RM11 bilion.

“Sebanyak 62 peratus bil debit kami datang daripada segmen profesional muda. Dengan adanya Fattah dan Nur Fazura sebagai pendorong utama kepada generasi kini yang menjadi duta kad debit kami, Maybank yakin.

“Mereka berdua yang terkenal dalam kalangan peminat muda akan dapat membantu untuk lebih menggalakkan golongan Gen-Y menggunakan kad debit di negara ini,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori