Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Menteri Britain Terbabit...

Bekas menteri Britain, Brooks Newmark yang meletakkan jawatan berikutan skandal seks cyber bulan...

Ribuan Ular Berbisa ‘Askar’...

PYONGYANG - Pasukan peronda sempadan Korea Utara sibuk 'bertempur' musuh terbaharu mereka iaitu...

Rakyat Boleh Optimis Untuk...

KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia boleh optimis dan yakin bahawa masa depan mereka...

Parlimen AS Lulus Undi...

WASHINGTON - Dewan Rakyat Amerika Syarikat mengundi untuk menyekat penjualan pesawat komersial Boeing...

Fathia Tanggung Kos Bedah Buang Payudara Palsu Rakan

PERMULAAN tahun baharu bagi selebriti Fathia Latiff dimulai dengan perkhabaran positif berbanding tahun lalu apabila dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan yang enggan membantunya meletakkan beg dalam kompartmen pesawat di laman sosial.

Namun lembaran 2017 bagi aktres ini dimulai dengan cerita menarik apabila dikatakan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar kos pembedahan pembuangan payudara palsu rakannya.

Hasrat rakannya itu untuk berubah menjadi lelaki sejati mendapat sokongan padu dan diterima baik Fathia sehingga dia sanggup bertindak sedemikian.

Fathia Tanggung Kos Bedah Buang Payudara Palsu Rakan

Cerita unik itu dikongsi oleh ruangan Cik Pang menerusi Harian Metro.

“Katanya, rakan mereka mahu berubah dan kembali kepada fitrah. Untuk itu perkara pertama yang mahu dilakukan ialah membuang implan payudara yang dibuat di selatan Thailand berbelas tahun dulu.

“Untuk menjalani pembedahan membuang payudara itu, dia memerlukan belanja besar sedangkan rakan mereka itu pendapatannya tidak menentu.


“Berbesar hati dengan perubahan yang mahu dilakukan, Fathia menyerahkan sejumlah wang bagi membolehkan pembedahan itu dijalankan dan rakannya menjalani pembedahan dengan selamat,” lapor Harian Metro.

Siapa sangka di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada bintang Ariana Ros ini, ada juga kisah positif yang netizen tidak ketahui.

Semoga kebaikan yang dilakukan Fathia mendapat ganjaran yang setimpal dan hidupnya lebih diberkati. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori