“Fathia Suka Upload Semua Benda, Saya Okay Je” – Zul

SEJAK pelakon Nur Fathia Latiff memuat naik gambar Zul Ariffin dan Elizabeth Tan dengan caption seperti mendoakan hubungan percintaan mereka kekal, kini pelakon bertubuh sasa itu mula buka mulut berhubung isu tersebut.

Baca: Lizzy Bingung Fathia Upload Gambarnya Dengan Zul

Bagi Zul yang sudah melibatkan diri dalam dunia seni selama hampir 10 tahun itu, dia langsung tidak terkejut dengan tindakan pelakon penuh kontroversi berkenaan.

“Apa benda saja yang Fathia tak muat naik, semua benda dia nak muat naik (di laman sosial).

“Saya dah kenal Fathia lama tapi tak tahu apa agenda dia muat naik foto saya dan Elizabeth Tan itu. Apa pun, saya okay sahaja,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Foto berkenaan diambil sekitar jam 6 pagi ketika Zul dan Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy, sedang menjalani penggambaran bagi filem Misteri Dilaila.

Filem berkenaan merupakan dibawah arahan Syafiq Yusof dan dirakam di sekitar Bukit Fraser, Pahang.

“Saya dah biasa kerja dengan Fathia, dah lama juga kenal dia dan dia memang orang yang baik. Saya pun tak pernah nilai diri dia.

“Saya tak nampak macam perli pun, mungkin ia cuma sekadar ucapan dan takkan ada apa-apa yang terjadi,” tambahnya ketika ditemui ramah oleh pihak media ketika majlis pertunjukan fesyen Primavelet, Rabu lalu.

ZUL DAN FATHIA PERNAH BERGADINGAN MENERUSI DRAMA MENANTI FEBRUARI SEKITAR TAHUN LALU.

Pelakon berusia 32 tahun itu juga kini sering dilihat semakin aktif di media sosial Instagram dan itu membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya kerana sebelum ini dia bukan lah seperti itu.

Ketika masih menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon Zahirah MacWilson, Zul boleh dikatakan jarang memuatnaik Insta Story di akaun instagramnya.

Jika ada pun, sekadar kata-kata pembakar semangat atau seperti satu mesej yang ingin ditujukan kepada seseorang.

Juga: Hidup Zul Bahagia, Nekad Selalu Tukar Kata Laluan IG

“Mungkin sebab sekarang dah single… Okay tak, saya gurau je… Tapi sebenarnya tak salah pun kan kalau saya nak aktif dalam media sosial.

“Lagipun kalau dekat set lama sangat nak tunggu kalau krew nak set kamera semua. Bosan juga jadi apa salahnya kan saya buat Insta Story waktu tengah shoot atau dekat set,” ujarnya sambil ketawa.

Bertambah lucu apabila Zul sekadar angkat kening kanannya tanda setuju ketika ditanya adakah sebelum ini dia perlu minta kebenaran kepada bekas kekasihnya untuk berlakon dengan mana-mana aktres lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...