Fathia Latif Nafi Sudah Kembali Buka Tudung

TAHUN ini, ramai artis wanita tanah air sudah mula bertudung. Bukan hanya itu sahaja, ada juga beberapa orang yang sudah berhijab tapi mengambil keputusan untuk membukanya semula.

Kali ini anak kelahiran Pulau Pinang, Nur Fathia Abdul Latif terpaksa tampil secara terbuka menafikan laporan tular menerusi media sosial bahawa konon dia sudah kembali membuka tudungnya semula.

Aktres berusia 30 tahun itu yang mula berhijab sejak tahun lalu menidakkan kata-kata netizen apabila dia dikatakan tidak bertudung ekoran penularan sekeping gambar kononnya lelaki itu ialah kekasihnya

BACA:  Fathia Bakal Nikah Mr. A Hujung Tahun?

Kata Fathia, gambar itu telah diambil ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka saudara dekatnya. Jadi dia lebih selesa tidak bertudung ketika bersama-sama dengan keluarga rapat.

Menurut laporan akhbar tempatan, Fathia dikatakan tidak tahu-menahu langsung bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuat naik di laman sosial hiburan tersebut.

Ini kerana gambar eksklusif berkenaan adalah milik salah seorang daripada rakannya ketika itu.

Tapi gadis manis ini tidak menyalahkan mana mana pihak. Malah dia turut meminta agar peminatnya mendoakan semoga dia akan terus istiqomah dalam berubah menjadi Muslimah yang solehah.

Itulah yang dikatakan, iman manusia ini turun naik dan hidayah itu pastinya milik Allah SWT. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...