Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 18,547 kes...

Cristiano Ronaldo Miliki 200...

LONDON - Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo muncul selebriti yang memiliki...

Pasangan Remaja Melayu Gila...

GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak...

Agaknya..Rumah Hantu Ini Paling...

SUKA mencabar kemampuan dan keberanian diri sendiri?Mungkin rumah hantu McKamey Manor yang terletak...

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

KUALA LUMPUR – Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff akhirnya mengakui itu adalah penampilan terkininya yang sudah tidak lagi mengenakan hijab.

Perkara berkenaan diakui sendiri oleh empunya badan ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen di sebuah hotel, di sini sebentar tadi.

Ini merupakan penampilan pertama pelakon drama Ariana Rose itu di hadapan khalayak ramai dengan imej berambut pendek selepas tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu.

Ujar Fathia, 32, dia gembira dengan kehidupan dan imejnya sekarang kerana selama mengenakan hijab sebelum ini, hidupnya penuh dengan cabaran sehingga membuatkan dirinya mengalami depresi.

“Kalau kita buat sesuatu kerana manusia, ia tidak akan kekal. Saya pakai tudung sebab orang, bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri.

“Jadi selama mengenakan hijab, saya alami depresi kerana tidak dapat menjadi diri sendiri. Saya cuba bertahan, tetapi perasaan itu lama-kelamaan membawa ke arah kegelapan sedikit demi sedikit. Tetapi apabila buka hijab, saya rasa bebas dan selesa. Saya tidak mahu jadi hipokrit,” katanya.


Kata Fathia lagi, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengenal diri sendiri namun gagal menemui jawapan yang dicarinya.

“Ketika pakai tudung, saya akui ada perasaan tidak ikhlas dan dapat rasa hati busuk. Bila sudah kenal diri, saya sudah tidak takut apa-apa lagi. Sebab itu saya berani tampil di depan khalayak dengan imej sebegini.

“Biarpun tidak dapat mengawal komen negatif di media sosial, tetapi saya harap netizen yang mengeji itu akan dapat mencari kebahagiaan mereka sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

Kategori