Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hak McDonald’s Malaysia, Singapura...

RIYADH - McDonald’s Corp dari Amerika Syarikat (AS) bersetuju menjual hak francais restorannya...

MAIPS Sumbang RM20K Kepada...

KUALA PERLIS - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menyumbangkan...

Umur Persaraan: Menteri Digesa...

1. Kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori...

Terpaksa Pilih Kereta Lain,...

GEORGETOWN - Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa...

Fasha Akui Rapat Dengan Lelaki Biasa Usia 30-an

SEMENJAK menjadi ibu tunggal, pelakon popular Fasha Sandha tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Dalam pada itu, Fasha, 33, akui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Menurut pelakon drama bersiri Lara Aishah, sikap postitif lelaki itu membuatkan dia mahu terus berkawan.

Pun begitu, Fasha enggan mengulas lanjut kerana merasakan hubungan mereka terlalu awal.

“Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini.

“Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

“Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih.


“Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Fasha memberitahu, lelaki itu hanyalah orang biasa dan bukan dikenali umum.

“Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa,” katanya.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai, namun bercerai pada 18 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha. – MYNEWSHUB.CC

Kategori