Fasha Sandha, Aidil Aziz Sah Suami Isteri

HANYA dengan sekali lafaz, pasangan pelakon popular Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat diijabkabulkan sekitar pukul 8.45 pagi tadi.

Berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, yang dihadiri kedua belah pihak keluarga dan rakan terdekat menyaksikan Aidil menyerahkan mas kahwin sejumlah RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sebelum ini pasangan Aidil dan Fasha telah mengikat tali pertunangan mereka pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kedua buat aktres tersebut. Terdahulu Fasha pernah berkahwin bersama Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan sebelum ini pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5. – Sinar Harian

 

View this post on Instagram

 

. 🤲A L H A M D U L I L L A H . ‼️3 0 M A C 2 0 1 9‼️ . @fashasandha . #aidilfasha

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on