Fasha, Aidil Bertunang Tak Lama Lagi?

KUALA LUMPUR – Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Sejak beberapa hari lalu, kecoh kononnya pelakon jelita berstatus ibu tunggal,…

KUALA LUMPUR – Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?

Sejak beberapa hari lalu, kecoh kononnya pelakon jelita berstatus ibu tunggal, Fasha Sandha dan jejaka yang disapanya ‘Pak Ngah’, Aidil Aziz akan bertunang, tidak lama lagi.

Kononnya bakal mengikat tali pertunangan pertengahan bulan ini, Fasha dan Aidil yang diketahui ramai menjalin hubungan akrab sejak setahun lalu, sekali lagi diburu bagi mendapatkan pengesahan.

Sebelum ini, terdengar desas-desus kononnya mereka sudah menempah busana untuk digayakan pada hari bahagia.

Bertanya kepada Fasha, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada keluarga.

“Maaf… Saya tak boleh jawab apa-apa selagi perkara itu belum berlaku.

“Namun, apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, Aidil dan dua anak saya,” katanya kepada BH Online.

Hubungan erat Fasha dan Aidil bukan lagi rahsia. Bulan lalu, pasangan ini melangkah bersama di acara karpet merah, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 di Pusat Konvensyen Antarbangsa Putrajaya (PICC).

Fasha berkata, ketika ini, dia sibuk membuat persiapan membintangi drama Semua Salahku terbitan A Aida Production.

“Saya juga sibuk membaca novel Patah Sayap Bertongkat Paruh untuk drama 14 episod terbitan Zeel Production, tidak lama lagi.

“Saya terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, saya serahkan semuanya pada pihak keluarga untuk membuat keputusan mengenai kehidupan peribadi,” kata ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma ini. – BH Online

Loading...